Translate

Bila ilham datang...

Selepas saya bersalin dulu, saya teringin untuk amalkan mandian air herbal. Teringat semasa kakak bersalin di Kota Bharu, daun serai wangi mudah didapati. Tapi setiap pagi, kami perlu menunggu dekat sejam lebih untuk air rebusan tu siap, kemudian angkat periuk ke bilik air. Lepas tu campur air sejuk, baru kakak dapat mandi. Ada orang untuk tolong buatkan semua tu tak lah membebankan ibu yang baru aje bersalin.

Tapi saya tinggal di bandar moden, serai wangi pun orang tak kenal. Masa tu saya terfikir, kalaulah ada air rebusan yang siap untuk diguna bila-bila masa, kan senang. Sekarang anak dah besar. Tapi idea untuk membantu ibu-ibu seperti saya tetap terpahat dalam fikiran. Akhirnya Allah bagi idea dan terhasillah Air Mandian Serai Wangi KaaB.

Bila saya buat kajian tentang manfaat air rebusan ni, tak sangka! Rupa-rupanya, selain daripada untuk menyegarkan urat saraf dan menghilangkan bau hanyir pada badan, air rebusan Serai Wangi juga digunakan untuk hilangkan kepenatan badan, hilangkan pening kepala malah ada orang yang guna untuk kurangkan demam panas.

Bau air rebusan serai wangi amat menyegarkan. Bukan setakat bilik air juga jadi harum untuk beberapa jam, malah badan kita juga rasa segar, berbau harum dan kita rasa ceria walaupun hari tu kita baru balik daripada satu hari yang penuh aktiviti.

Saya pernah cuba mandian aromaterapi moden yang banyak dijual di pasaran tapi agaknya bau tu datang daripada sebatian kimia sintetik, jadi semasa mandi ke, lepas mandi ke, langsung tak rasa segarnya. Malah baunya pun terus hilang selepas kita melangkah keluar dari bilik air.

Saya harap produk saya ini dapat membantu bukan sahaja wanita dan anak gadis tapi kaum lelaki juga ( terutama yang mempunyai masalah badan berbau ).

Air Mandian Serai Wangi KaaB lahir dalam 2 saiz:  500ml dan 1000ml.