Translate

Sunday, April 13, 2014

Dugaan Musim Kemarau



Salam kepada semua penggemar herba,


Dah lama betul saya tidak mencoret sesuatu dalam blog ini.

Tahun 2013 telah berlalu dengan begitu pantas. Alhamdulillah... walaupun kekangan kerja menghalang saya dari menghasilkan Air Seraiwangi KaaB dalam jumlah yang lebih banyak dari tahun sebelumnya, saya bersyukur kerana semuanya habis terjual.... syukur atas rahmat dan nikmat rezeki yang Allah berikan.

Tahun ini kita semua sedang berdepan dengan dugaan bencana yang datang bertimpa-timpa, kan?

Bagi pengusaha produk herba seperti saya yang ramuan utama produk ialah hasil pertanian, sudah tentu sedikit sebanyak produksi akan terjejas.

Pokok Seraiwangi ni, walaupun ia memerlukan cahaya matahari yang banyak, ia juga perlukan air yang banyak sebab batang serai mempunyai kandungan air yang tinggi. Bila kemarau mula menjengah bumi bertuah ini sejak beberapa bulan yang lalu, banyak pokok serai kami yang 'kehausan'.

Saya berada di persimpangan juga. Nak gunakan air paip yang datang dari empangan yang dah makin kering tu, rasa macam tak bertanggung jawab pulak. Yelah.... saya bukannya bergantung hidup sepenuhnya kepada hasil jualan Air Rebusan Seraiwangi Kaab, jadi saya fikir saya harus korbankan pokok seraiwangi saya demi menjimatkan air yang lebih diperlukan oleh penduduk bumi bertuah ini.

Kesannya, selama 3 bulan kami tidak dapat membuat stok baru. Nasib baiklah pelanggan kami memahami dan sedia menanti....Alhamdulillah.

Sekarang, hujan dah mula turun sekali dalam beberapa hari.... takpe lah.... itu dah cukup baik dari tiada langsung seperti beberapa bulan yang lalu. Pokok-pokok pun dah kembali 'gembira'.... bumi juga sudah semakin menghijau kembali ....  aahhh  .......syukur Alhamdulillah.

Sekarang dah dapatlah buat stok sedikit.

Insyaallah..... semoga Allah akan mengurniakan lagi hujan kepada bumi yang sedang kehausan ini....amiin...